PERASUAH HIDUP TERUMBANG AMBING

H: Rasuah itu zalim kerana ‘makan’ hak orang lain

SHAH ALAM – Rasuah adalah satu perbuatan melampau dan zalim kerana ia mengambil serta memakan hak orang lain demi memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Pendakwah, Nurul Hidayah Kamarudin berkata, Islam menyifatkan rasuah sebagai suatu perkara yang melampaui urusan agama kerana ia sudah membuatkan individu terlibat memakan harta orang lain secara salah.

Malah, katanya, agama Islam telah menggariskan undang-undang kewangan seperti jual beli, wakaf, derma, pelaburan, sewa beli, pinjaman dan pelbagai lagi demi untuk menghalang seseorang daripada mengambil harta orang lain dengan haram.

“Apabila seseorang itu melakukan rasuah pasti ada gantian atau manfaat yang diperoleh, dan gantian manfaat ini bukanlah hak kepada diri pemberi dan penerima rasuah.

“Dan manfaat ini menyebabkan hilangnya atau kurangnya hak orang lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Nurul Hidayah yang juga Eksekutif Kanan Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPZ MAIWP), individu yang terlibat dengan aktiviti rasuah hidupnya pasti terumbang ambing.

“Hak orang lain semua hilang dan institusi ekonomi juga tidak akan berkembang dengan maju serta tidak boleh
pergi jauh ini kerana keuntungan hanya berkisar pada pihak yang menawarkan rasuah’

“Keadaan inilah yang akan menyebabkan dirinya, keluarga, masyarakat atau negaranya akan hilang rahmat ALLAH SWT,” katanya.

Nurul Hidayah menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Sinar Rasuah Busters dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

Tambahnya, pemerkasaan dalam pendidikan agama perlu dipergiatkan kerana hanya iman dan ketakwaan mampu menjadi benteng daripada menjadi perasuah.

“Kalau kita takutkan ALLAH SWT, kita tidak akan terjebak dalam aktiviti yang dilaknat ALLAH ini,” kata beliau.

Wanita lebih dekat dengan MASJID atau PASARAYA ?

 

Baginda shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 

“Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid. Dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar” (HR. Muslim)

 

Antara masjid atau pasar, mana yang paling KITA SUKA PERGI ?

 

Antara masjid atau pasar, mana yang LAGI RAMAI ORANG ?

 

Antara masjid atau pasar, yang mana buat kita INGAT KEBAIKAN ?

 

Antara masjid atau pasar, di mana PALING BANYAK AURAT TERDEDAH?

dah bulan ogos ini, jom kira zakat

Ini adakah topik yang kita mahu bincangkan. Dimanakah kedudukan masjid dihati kita, yang mana MASJID adalah tempat yang dicintai ALLAH. Dimana pula kedudukan PASAR dihati kita, yang mana pasar adalah tempat yang paling dibenci oleh Allah.

 

Kita pula sebagai wanita Malaysia, sudah sangat serasi, menjiwai PASAR. Sangat menjengkelkan, apabila kita tidak ingat hadis ini. Tidak cuba mendekatkan diri kita pada tempat yang paling dicintai oleh Allah. Tetapi kita membincangkan hadis sabdaan Rasulullah :“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah). Hadis ini tidak salah.  Tetapi pemahaman kita dan pemakaian hadis ini pada zaman dan tempat kita di bumi Malaysia, hendaklah tidak disalah fahamkan.

 

  1. hadis ini, menunjukkan betapa islam sangat adil kepada wanita, Nabi melarang suami menghalang wanita untuk ke masjid.Ini kerana keadaan bani israil menghalang wanita mereka keluar ke tempat ibadah. Maka inilah keadilan dan wasatiah syariat nabi saw, tidak menghalang wanita untuk beribadah di masjid.
  2. Benar, dirumah itulah lebih selamat bagi wanita. Lebih menjauhkan wanita daripada fitnah. Itu yang di naskan oleh Nabi di dalam beberapa riwayat. Begitu juga Al-Quran menyuruh isteri-isteri Nabi terus kekal berada dirumah -rumah mereka.
  3. Namun, bagi wanita yang yang menjaga diri , ternafi daripada fitnah seperti tabrruj, memakai wangian, menutup aurat dan menjaga maruah tidak salah bagi mereka mendekati masjid.

kehadiran MUSLIMAT ke forum diambang ramadhan di surau JKR

 

Baru-baru ini, saya bertanya kepada Syeikh kami yang mulia Ulama Az-Azhar As-syarif, Syeikh Ahmad Hajain, bagaimana pendapat mereka mengikut rentak tari keadaan wanita di Malaysia. Keadaan wanita di Malaysia tidak sama dengan adat masyarakat arab yang menyekat wanita untuk keluar rumah. Wanita di sini bebas kemana sahaja, ke shopping complex, menonton wayang, berhibur, masuk hutan, panjat gunung. Adalah lebih afdal dan baik untuk wanita Malaysia solat di Masjid berjemaah, mengahdiri masjid Ilmu di masjid, mengimarahkan masjid beriktikaf dan sebagainya.

 

Ini kerana tempat yang paling dibenci ALLAH iaitu Pasar pun tiada halangan untuk kita pergi, maka sepatutnya lebih utama lagi, tiada halangan untuk kita pergi ke Masjid. Biar wanita kita lagi ramai ke masjid , berbanding wanita kita lagi ramai di konsert dan pasaraya.

lokasi : Masjid Shah Alam, jumpa dengan guru KISAS. Ustazah Nuridah kalau tak silap nama Ustazah ni.

Apabila wanita ke masjid, adab-adab dan larangan perlu diperhati dengan teliti. Ini rumah Allah. Bukan rumah kamu. Kamu masuk rumah Allah, tapi tak beradab , seolah kamu tidak menghormati Allah. Yang paling utama, wanita yang berhadas besar, antaranya HAID dan NIFAS tidak boleh memasuki masjid. Maksud masjid adalah ruang solat masjid. Sekiranya ada program atau majlis Ilmu di masjid, memadailah wanita tadi duduk di tepi, anjung atau lebih baik sekiranya masjid mengadakan ruang atau dewan kuliah untuk memudahkan wanita yang hadir meununtu ilmu.

 

Seterusnya, wanita yang hadir ke masjid juga perlu menjaga tatacara, sopan, memahami bahawa, semua perkara yang haram dan tidak beradab perlu dijauhi sewaktu berada di masjid. Membuka aurat, ketawa terbahak-bahak, mengumpat, seronok tak terntu hala adalah perkara yang tidak dibolehkan untuk dilakukan sewaktu berada di masjid.

 

Moga orang yang berada di Masjid yang di doakan malaikat kebaikan , di didoakan keampunan atas dosanya, benar-benar kita dapat ganjarannya. Moga hati kita lebih dekat dengan masjid dan kebaikan selepas kita sama-sama mendekati masjid.

artikel ini akan disumbangkan kepada Berita Harian.