Wanita lebih dekat dengan MASJID atau PASARAYA ?

 

Baginda shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 

“Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid. Dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar” (HR. Muslim)

 

Antara masjid atau pasar, mana yang paling KITA SUKA PERGI ?

 

Antara masjid atau pasar, mana yang LAGI RAMAI ORANG ?

 

Antara masjid atau pasar, yang mana buat kita INGAT KEBAIKAN ?

 

Antara masjid atau pasar, di mana PALING BANYAK AURAT TERDEDAH?

dah bulan ogos ini, jom kira zakat

Ini adakah topik yang kita mahu bincangkan. Dimanakah kedudukan masjid dihati kita, yang mana MASJID adalah tempat yang dicintai ALLAH. Dimana pula kedudukan PASAR dihati kita, yang mana pasar adalah tempat yang paling dibenci oleh Allah.

 

Kita pula sebagai wanita Malaysia, sudah sangat serasi, menjiwai PASAR. Sangat menjengkelkan, apabila kita tidak ingat hadis ini. Tidak cuba mendekatkan diri kita pada tempat yang paling dicintai oleh Allah. Tetapi kita membincangkan hadis sabdaan Rasulullah :“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah). Hadis ini tidak salah.  Tetapi pemahaman kita dan pemakaian hadis ini pada zaman dan tempat kita di bumi Malaysia, hendaklah tidak disalah fahamkan.

 

  1. hadis ini, menunjukkan betapa islam sangat adil kepada wanita, Nabi melarang suami menghalang wanita untuk ke masjid.Ini kerana keadaan bani israil menghalang wanita mereka keluar ke tempat ibadah. Maka inilah keadilan dan wasatiah syariat nabi saw, tidak menghalang wanita untuk beribadah di masjid.
  2. Benar, dirumah itulah lebih selamat bagi wanita. Lebih menjauhkan wanita daripada fitnah. Itu yang di naskan oleh Nabi di dalam beberapa riwayat. Begitu juga Al-Quran menyuruh isteri-isteri Nabi terus kekal berada dirumah -rumah mereka.
  3. Namun, bagi wanita yang yang menjaga diri , ternafi daripada fitnah seperti tabrruj, memakai wangian, menutup aurat dan menjaga maruah tidak salah bagi mereka mendekati masjid.
kehadiran MUSLIMAT ke forum diambang ramadhan di surau JKR

 

Baru-baru ini, saya bertanya kepada Syeikh kami yang mulia Ulama Az-Azhar As-syarif, Syeikh Ahmad Hajain, bagaimana pendapat mereka mengikut rentak tari keadaan wanita di Malaysia. Keadaan wanita di Malaysia tidak sama dengan adat masyarakat arab yang menyekat wanita untuk keluar rumah. Wanita di sini bebas kemana sahaja, ke shopping complex, menonton wayang, berhibur, masuk hutan, panjat gunung. Adalah lebih afdal dan baik untuk wanita Malaysia solat di Masjid berjemaah, mengahdiri masjid Ilmu di masjid, mengimarahkan masjid beriktikaf dan sebagainya.

 

Ini kerana tempat yang paling dibenci ALLAH iaitu Pasar pun tiada halangan untuk kita pergi, maka sepatutnya lebih utama lagi, tiada halangan untuk kita pergi ke Masjid. Biar wanita kita lagi ramai ke masjid , berbanding wanita kita lagi ramai di konsert dan pasaraya.

lokasi : Masjid Shah Alam, jumpa dengan guru KISAS. Ustazah Nuridah kalau tak silap nama Ustazah ni.

Apabila wanita ke masjid, adab-adab dan larangan perlu diperhati dengan teliti. Ini rumah Allah. Bukan rumah kamu. Kamu masuk rumah Allah, tapi tak beradab , seolah kamu tidak menghormati Allah. Yang paling utama, wanita yang berhadas besar, antaranya HAID dan NIFAS tidak boleh memasuki masjid. Maksud masjid adalah ruang solat masjid. Sekiranya ada program atau majlis Ilmu di masjid, memadailah wanita tadi duduk di tepi, anjung atau lebih baik sekiranya masjid mengadakan ruang atau dewan kuliah untuk memudahkan wanita yang hadir meununtu ilmu.

 

Seterusnya, wanita yang hadir ke masjid juga perlu menjaga tatacara, sopan, memahami bahawa, semua perkara yang haram dan tidak beradab perlu dijauhi sewaktu berada di masjid. Membuka aurat, ketawa terbahak-bahak, mengumpat, seronok tak terntu hala adalah perkara yang tidak dibolehkan untuk dilakukan sewaktu berada di masjid.

 

Moga orang yang berada di Masjid yang di doakan malaikat kebaikan , di didoakan keampunan atas dosanya, benar-benar kita dapat ganjarannya. Moga hati kita lebih dekat dengan masjid dan kebaikan selepas kita sama-sama mendekati masjid.

artikel ini akan disumbangkan kepada Berita Harian.

 

mahkota malu yang ditanggalkan

MAHKOTA MALU YANG DITANGGALKAN

 

Apabila Malu Sudah Hilang dalam diri wanita

Saya tidak berhasrat fokus kepada apa yang telah berlaku pada artis lelaki tersebut, namun pada komen perempuan islam yang boleh anda baca dlm imej di bawah.

kalau tak faham, isu tu boleh google dulu ya, saya berhasrat fokus pada akhlak perempuan islam yang tergamak mengeluarkan kata-kata demikian.

_____________________________________________________________________

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang.

Berkata musah islam

 

Tidak perlu kau buang hijab-hijab perempuan islam

Yang kau perlu buang hanyalah MALU perempuan islam

Kerana apabila mereka HILANG MALU, mereka sendiri yang akan membuka hijab mereka,mereka sendiri yang akan membuka aib mereka, mereka sendiri yang akan mempamerkan kebodohan mereka.

 

Seakan , sekarang ini , benar sungguh musah islam sudah MAMPU dan BERJAYA MENGHILANGKAN MALU perempuan islam. Sudah kadang tidak dapat dibendung dan disekat lagi. Daripad dunia nyata hinggalah ke alam maya. MALU MEREKA SUDAH TIADA. Sehingga meminta  ‘gambar kemaluan’ akibat tidak dapat membendung rasa dan nafsu. Tiada lagi , tapisan MALU. Bukankah benar, malu itu sebahagian daripada iman. Hadis Rasullullah diriwayatkan oleh Ahmad bin hambal berbunyi ‘ Malu itu sebahagaian daripada iman, Iman itu tempatnya Syurga, Manakala perkataan kotor itu adalah sebagaian daripada tabiat yang kasar, dan tabiat yang kasar tempatnya dalah neraka’. Nauzubillahi minzalik.

 

Jika Malu sudah tiada, secara langsung alamat ketiadaan iman dalam diri. Ini bukan soal kau jahat, aku baik. Ini soal iman kita. Soal lesen kita nak masuk syurga. Ini soal yang sangat serius.

 

Kitab suci Al-Quran juga memperingatkan pada kita tentang, bagaimana dua nak nabi syuaib yang berjalan secara malu-malu, sewaktu hendak membalas kebaikan Nabi Musa keatas diri mereka. Inilah akhlak wanita Quran. Wanita yang dididik dengan suasana keimanan.

 

Secara Umumnya, ada banyak factor yang menyumbang wanita menjadi hilang mahkota malunya. Antaranya :

 

  1. TIDAK BERKHATAN

 

Di dalam pandangan mazhab syafie, wanita wajib dikhatankan (disunatkan iaitu dipotong sebahagian pada klitoris mereka). Kegagalan ibu bapa moden yang tidak tahu hak-hak anak, menyebabkan mereka terlupa dan tidak perasan yang anak perempuan mereka tidak dikhatan sewaktu kecil. Ini penyebab perempuan-perempuan begini tanpa silu-silu akan mempamerkan nafsu buas mereka. Tujuan dikhitankan perempuan adalah untuk mengawal nafsu mereka.

 

  1. TERLALU BANYAK LIHAT AURAT YANG HARAM

 

Dunia hari ini, lambakan pendedahan aurat. Di media massa, media cetak, dalam filem dan drama. Akan menyebabkan nafsu wanita sudah teransang setiap hari. Ini ini akan terus meng’hamba’kan wanita. Sudah tidak boleh dijinakkan, tetapi menjadai semakin liar dan buas. Lihat sahaja pada perkataan , perbuatan yang dilahirkan oleh wanita penafsu. Kekadang lebih dahsyat dari lelaki penafsu.

 

  1. TIADA ZIKIR , TIADA SOLAT

 

Perempuan islam, bukan diukur dengan fesyen tudung yang dipakainya. Ini kerana maksud HIJAB di dalam Al-Quran ialah, perempuan yang menutup aurat zahirnya daripada pandangan lelaki muslim, dan peremuan yang menutup keburukan batinnya daripada diketahui umum. Jika bertudung kerana fesyen dan ikutan. Tiada ruh dalam bertudung. Tambahan lagi, ruh zikir dan solat tiada dalam jiwa wanita tadi. Maka yang ada hanyalah wanita yang berimej islam tetapi berhati syaitan.

 

Kesimpulannya, marilah kita semua kembali menjaga diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang menghancurkan iman kita. Musuh sentiasa meninjau perbuatan kita. Musah sentiasa merencana agar kita binasa. Bangunlah dari tidurmu yang lena wahai perempuan islam. Masih ada hari esok untuk kita, sekiranya kita kembali padanya hari ini.

 

SALAHKAH KAMI ? Kami hanya tuntut hak kami.

Segala puji bagi Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى dan selawat dan salam bagi junjungan mulia Ar-Rasul نبي محمد صلى الله عليه وسلم serta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang mulia.

Kedengaran sana dan sini laungan wanita ‘Mana hak saya!  kami mahukan kesamarataan hak antara lelaki dan wanita !’ . ‘Kami bukan golongan yang lemah, kami mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan duduk sama rendah dengan lelaki’. Bersungguh-sungguh lihat mereka menempik dan mengangkat panduk membela hak wanita.

Sahabat sekalian, Islam dahulu lagi sudah mengangkat wanita lebih tinggi berbanding kedudukannya di sisi masyarakat. Allah dahulu lagi meraikan kepentingan wanita dengan seribu satu peraturan, hukum dan adab dalam undang-undang munakahat (perkahwinan) untuk menjamin maruah dan kebajikan wanita. Tahukah kita, atau kita lebih suka pandang ke barat berbanding pandang kepada isi Al-Quran. Maafkan saya.

Forum Hak-hak wanita yang kami tampilkan ini, bukan kali pertama, tapi sudah berlangsung entah keberapa puluh kali semenjak 3 tahun yang lalu. Tetapi setiap kali berforum ada sahaja masalah baru yang kami temui, hingga kami menitiskan air mata, kerana terasa sangat kasihan kepada wanita yang buta undang-undang dan hak mereka.

Ada yang patah kaki, di hentak suami, ada yang disiram tangannya dengan air panas oleh suami. Ada yang berhempus pulas tanggung anak dan perbelanjaannya, suami hanya tinggal gores kad bank (isteri punya).

Pendidikan kepada wanita perlu kita berikan. Bukan hanya untuk membela mereka, tetapi untuk mengelakkan KEMUDARATAN berlaku terhadap wanita, mahupun anak-anak. Sekurang-kurangnya apabila wanita celik ilmu dan undang-undang yang berkaitan, maka tidaklah wanita ditindas kerana kedangkalan ilmu kita sendiri. Benarlah ILMU adalah PEMBIMBING, bimbing kita dari kegelapan kepada cahaya. BIMBING kita dari kezaliman kepada keadilan dan kebaikan untuk lelaki dan wanita.

Dari sudut yang berbeza pula, ibu yang celik undang-undang, ibu yang celik hak wanita, ibu yang cerdik akalnya, akan bertindak mendidik anak-anak lelaki mereka dengan didikan yang sebenar. Bukan didikan yang hanya menyebelahkan hak lelaki, tetapi perempuan seolah-olah hanya boneka, hamba abdi yang patuh, tidak boleh berkata apa-apa. InsyaALLAH,  bakal terdidik anak-anak lelaki yang penuh bertanggungjawab, sedar akan amanah pelindung kepada wanita, sedar nafkah adalah tanggungjawab mereka. Insya-Allah.

SUDAH KETINGGALAN ZAMAN kalau kita masih merasa lemah, SUDAH KETINGGALAN ZAMAN kalau kita masih merasa hina, SUDAH KETINGGALAN ZAMAN, kalau kita masih tidak tahu membela hak kita.

Bukan seruan ini mengajak kita mencari kesamarataan hak, bukan mengajak wanita menjadi penentang, anti lelaki dan sebagainya. Melainkan, ajakan ini, hanyalah untuk keluarkan wanita yang TERTEKAN, wanita yang DINAFIKAN HAKNYA, wanita yang TIADA REHAT DALAM HIDUPNYA. Kita serupa, lelaki punya rasa marah, begitu juga wanita, lelaki punya rasa cemburu, begitu juga wanita, lelaki punya rasa penat, begitu juga wanita.

INGATKAH KITA PESAN RASUL MULIA.

‘SEBAIK-BAIK KAMU SEKALIAN ADALAH YANG PALING BAIK DENGAN KELUARGAMU, DAN AKULAH YANG PALING BAIK DENGAN KELUARGAKU’

Klik sini KIRA ZAKAT