BENGKEL NAHU DAN SARAF DECEMBER INI

Alhamdulilah syukur kepada Allah yang maha berkuasa mentadbir alam dengan sebaik-baik pentadbiran. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad  Sallallahu Alaihi Wasallam.

Sewaktu saya belajar dahulu, antara pelajar dari Malaysia, pelajar dari Singapura dan pelajar dari Indonesia. Maaf untuk saya katakan saya meletakkan pelajar Malaysia mengambil tempat ketiga, tangga tercorot pembaca sekalian dalam PENGUASAAN BAHASA ARAB. Tetapi pelajar dari negara indonesia dan singapura sangat menguasai bahasa arab. Banyak punca saya kaji, mengapa kita kurang. Akhirnya, pelbagai alternatif oleh pihak berwajib kenekan kepada pelajar Malaysia, dengan kelas intensif bahasa sebelum mereka masuk bidang pengajian masing-masing di universiti Al-Azhar Mesir.

Apabila suami saya sendiri, Sheikh Mohammed Abdo Othman Al-muntaser berpengalaman terlibat secara langsung dalam sistem pendidikan sekolah menengah. Alangkah terkejutnya, guru subjek bahasa arab juga tidak mampu bercakap bahasa arab. Guru subjek bahasa arab tidak mampu bertutur bahasa arab. Ya, saya fikir mungkin ini juga faktor kita terkebelakang dengan penguasaan bahasa arab berbanding dengan 2 negara tadi.

Mungkin , sudah tiba masanya, kita mulakan generasi baru, pelajar agama, mampu menguasai bahasa arab dengan baik. Setiap bahasa ada peraturannya, ada tatabahasanya, ada bunga bahasanya. Tunggak terpenting dalam bahasa arab adalah NAHU dan SARAF.

Jom, pelajar-pelajar, sempena cuti sekolah ini, Rakan Jannah Networking dan disokong oleh Taska Little Imtiaz menawarkan pada anda, seharian BENGKEL NAHU DAN SARAF.

Sheikh Mohammed Abdo Othman Al-Muntaser dari Yaman sendiri yang akan mengendalikan sesi bengkel ini. Yang paling menarik, pihak penganjur akan sediakan nota dan video pengukuhan bahasa arab yang menarik untuk bekalan pelajar bawa balik untuk tujuan ulangkaji.

InsyaAllah boleh daftarkan nama melalui whatsapp ke talian 017-7684372 (Ustazah Nurul Hidayah) sebelum 5 december,  kalau terlambat takut terlepas peluang berharga ini.

Yuran penyertaan ada ke tak ? Orang kita ni, kalau tak de yuran penyertaan maka tak ramai la yang menghargai peluang tersebut. Jadi pelaburan untuk pembelajaran anak-anak kali ini adalah  RM 150. Mahal ke ? takpe, saya nak bagi harga runtuh, RM 50 setiap pelajar, seharian tuuuu, termasuk makan tengahari ya. Boleh isi pendaftaran pada link di bawah.

TERIMA KASIH SEMUA.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScV2a55QtMCuzkYKBJ3NBdn1_gUipl_FV7g7sP2Bx64eSUygQ/viewform?c=0&w=1