STRATEGI PERANG BADAR UNTUK PERANG MASA KINI

Perang Badar adalah kisah perang yang sarat dengan strategi dan pengajaran yang kita boleh bawa dalam kehidupan kita. Dalam surah al-Anfal ayat 43 hingga 47 menceritakan bagaimana Allah menyiapkan hati dan emosi tentera-tentera Islam yang berjihad di medan Badar dan bagaimana Allah membantu mereka sehingga Islam mencapai kemenangan yang besar.

إِذْ يُرِيكَهُمُ اللّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلاً وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيراً لَّفَشِلْتُمْ

وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَلَـكِنَّ اللّهَ سَلَّمَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”

Mari kita tengok pada ayat 43, Allah menurunkan wahyu melalui mimpi Rasulullah S.A.W sebelum berlakunya peperangan Badar. Dalam mimpi tersebut baginda diperlihatkan tentera kafir hanya sedikit. Sebaliknya apabila berlaku peperangan yang sebenar,realitinya tidak sama. Kenapa boleh berlaku begitu? Inilah cara Allah mententeramkan hati para sahabat agar emosi mereka kuat menuju ke medan perang kerana peperangan bukan sekadar peperangan fizikal tetapi bermain juga dengan emosi. Jika mereka di perlihatkan sejak awal jumlah tentera kafir yang ramai pasti hati mereka akan gentar.

Jumlah tentera kafir 3 kali ganda daripada jumlah tentera Islam. Tentara Islam hanya 314 atau 315 adapun tentera kafir 1000 orang lengkap dengan tentera berkuda, logik akal pasti akan berkata mustahil Islam akan menang. Para sahabat mula gentar, kerana ada yang berpendapat tidak mungkin kemenangan akan berpihak pada Islam. Namun para sahabat sangat taat kepada Rasulullah S.A.W , mereka yakin setiap apa yang Rasulullah S.A.W lakukan pasti dengan bimbingan wahyu. Dan pasti Allah akan bantu. Inilah keyakinan yang ada dalam diri setiap sahabat. Nilai Tauhid yang tinggi. Nilai ini yang kita harus bawa dalam konteks kehidupan hari ini iaitu keyakinan kepada Allah, kepatuhan dan kesetiaan kepada ketua atau pemerintah.

Ketika peperangan berlaku, Allah menghantar pertolongan kepada tentera-tentera Islam. Allah memperlihat di mata tentera-tentera Islam jumlah tentera-tentera kafir yang sedikit. Allah menghantar para Malalikat untuk membantu tentera-tentera Islam sehingga tentera Islam beroleh kemenangan yang besar.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً

لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

3 elemen penting disebutkan dalam surah al-Anfal ayat 45 dan ayat 46 yang harus dilakukan ketika berperang dan berhadapan dengan musuh. Orang beriman diseru agar

1) THABAT

Thabt bererti , kekal pada jalan perjuangan, tabah, tidak mengalah, dan juga tidak berputus asa dengan hakikat perang yang kita hadapi. Musuh adalah makhluk Allah yang sednag diutus oleh ALLAH untuk menguji setakat mana kebergantungan kita kepada Allah. Teruslah berjung, jangan mundur dan jangan mengalah.

2) BANYAK BERZIKIR

Tidak cukup dengan thaba. Umat Islam sewaktu diuji dengan musuh yang tidak kelihatan, mereka perlu banyak ingat ALLAH. Zikir mereka perlu dilakukan dalam apa sahaja keadaan mereka berada, sewaktu duduk, atau berbaring, sewaktu bergerak mahupun diam. Berzikir dengan hati juga lidah dan juga anggota badan. Nusrah Allah akan tiba bila kita tabat dan memperbanyakkan zikir kepada ALLAH.

3)TAAT PERINTAH ALLAH DAN RASUL

Allah memerintahkan orang yang beriman untuk tidak lupa untuk menunaikan taklifan yang Allah perintah. Usah memandang ringan perintah Allah dan Rasul. Tika diuji dengan kehadiran musuh, taatlah pada Allah dan Rasul , usah banyak membantah dan berhujah, kelak kekuatan kita akan hilang. Musuh kita sedang mara, kita pula sedang bertikam lidah.

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَراً وَرِئَاء النَّاسِ

وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.”

Peringatan yang sangat mulia, buat hamba-hamba ALLAH yang sering terlupa seperti kita. Dikala kita melakukan jihad, iaitu suatu ibadah yang tinggi kedudukannya , jangan kita rosakkan ibadah yang mulia dengan 3 racun ini. Apakah racun tersebut ?

  1. Sifat sombong : aku lebih baik daripada orang lain.
  2. Riyak : melakukan sesuatu untuk diperlihatkan kepada orang lain.
  3. Menghalang manusia sampai kepada jalan ALLAH.

*mari tonton video asal tentang strategi perang Badar dan Pelaksanaan masa kini. Segmen HUDA AL-QURAN ini dibawakan khas oleh DRL Consultation.

Leave a Reply