HUKUM WANITA MUSAFIR BERSEORANGAN

Hukumnya : HARUS

Ulama’ berkata tentang hadis Rasulullah “Jangan seorang wanita Islam yang beriman kepada Allah bermusafir berseorangan iaitu lebih perjalanan daripada penghantaran pos.”

Adakah hadis ini punyai sebab atau ilah sehingga telah tetap pengharaman wanita untuk bermusafir tanpa mahram atau bersendirian. Ataupun hadis ini mutlak tanpa sebab , maka haram secara syariah wanita tu berpindah daripada satu tempat ke tempat lain.

Berbeza pandangan para Ulama’

Pandangan 1 : hadis ini mempunyai sebab dan ilah. Apabila ada sebab maka hadirlah hukumnya. Jika tiada sebab maka tiadalah hukumnya. Sebab dan ilah HARAM wanita bermusafir secara berseorangan adalah kerana tiada keamanan/keselamatan di perjalanan dan sewaktu bermukim.

Syaratnya perjalanan mereka mestilah aman dan selamat seperti tiada risiko perompak jalanan . Mari kita ambil contoh yang berlaku pada zaman dahulu, orang kafir akan menyerang rombongan  di dalam perjalanan, orang kafir ini akan membunuh umat Islam.

Maka dilihat pada waktu ini, sekiranya seorang perempuan bermusafir seorang diri, keadaan adalah aman dan selamat untuk mereka, maka dibenarkan wanita untuk bemusafir sendirian.

Inilah yang diterangkan oleh Nabi, bahawa pengharaman tadi berlaku kerana orang kafir sentiasa menyerang kaum muslimin. Oleh sebab itu, diharamkan wanita keluar bersendirian, akibatnya wanita muslimah akan menjadi tawanan dibawah kuasa orang kafir.

Apabila seorang wanita muslimah bermusafir seorang diri dan tidak ada perlindungan kepadanya, maka Rasulullah mengeluarkan arahan utuk menggerakkan tentera untuk melindungi kehormatan wanita tersebut.

Sesungguhnya masalah ini berkait dengan keamanan kaum muslimin dan keadaan keselamatan negara orang Islam. Oleh kerana itulah, Nabi mengikatkan potongan hadis ini dengan “bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat” . Larangan ini disebutkan untuk menjamin keselamatan wanita daripada menjadi tawanan , penculikan wanita, dan kekerasan ke atas wanita.

Juga begitu sebahagian Para Ulama’ bersandar dengan athar

قَالَ عَدِيٌّ فَرَأَيْتُ الظَّعِينَةَ تَرْتَحِلُ مِنْ الْحِيرَةِ حَتَّى تَطُوفَ بِالْكَعْبَةِ لَا تَخَافُ إِلَّا اللَّهَ

Maksudnya‘Adiyy berkata: ” aku melihat seorang wanita mengendarai kenderaan berjalan dari Al Hirah hingga melakukan tawaf di Ka’bah tanpa takut kecuali kepada Allah S.W.T.

Riwayat al-Bukhari (3595)

Maka, jelas di sini, keamanan yang berlaku di masa kini seperti kemudahan dan fasiliti semasa wanita bertolak ke lapangan terbang, sewaktu naik dan menaiki pesawat kapal terbang dan sewaktu tiba di destinasi. Semua keadaan ini memberi keamanan dan keselamatan kepada wanita tersebut..

Perlu difahami, Islam datang bukan untuk menyekat kebebasan wanita, tetapi Islam ingin membela keselamatan wanita. Usah terlalu cepat ‘berfatwa’ sekiranya tidak memahami situasi dan realiti semasa.

Moga penerangan ini tidak menyebabkan penganut Islam menjadi terlalu rigid dengan syariah atas dasar ketidak fahaman dan tidak merujuk kepada ahlinya iaitu para Ulama’.

NAK FAHAM LEBIH LANJUT LAGI TENTANG PRINSIP ISLAM, jom dapatkan e-book EASY TADABBUR dengan menekan link di bawah.

https://bit.ly/3fKWAfq