SALAHKAH KAMI ? Kami hanya tuntut hak kami.

Segala puji bagi Allah سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى dan selawat dan salam bagi junjungan mulia Ar-Rasul نبي محمد صلى الله عليه وسلم serta ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda yang mulia.

Kedengaran sana dan sini laungan wanita ‘Mana hak saya!  kami mahukan kesamarataan hak antara lelaki dan wanita !’ . ‘Kami bukan golongan yang lemah, kami mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki dan duduk sama rendah dengan lelaki’. Bersungguh-sungguh lihat mereka menempik dan mengangkat panduk membela hak wanita.

Sahabat sekalian, Islam dahulu lagi sudah mengangkat wanita lebih tinggi berbanding kedudukannya di sisi masyarakat. Allah dahulu lagi meraikan kepentingan wanita dengan seribu satu peraturan, hukum dan adab dalam undang-undang munakahat (perkahwinan) untuk menjamin maruah dan kebajikan wanita. Tahukah kita, atau kita lebih suka pandang ke barat berbanding pandang kepada isi Al-Quran. Maafkan saya.

Forum Hak-hak wanita yang kami tampilkan ini, bukan kali pertama, tapi sudah berlangsung entah keberapa puluh kali semenjak 3 tahun yang lalu. Tetapi setiap kali berforum ada sahaja masalah baru yang kami temui, hingga kami menitiskan air mata, kerana terasa sangat kasihan kepada wanita yang buta undang-undang dan hak mereka.

Ada yang patah kaki, di hentak suami, ada yang disiram tangannya dengan air panas oleh suami. Ada yang berhempus pulas tanggung anak dan perbelanjaannya, suami hanya tinggal gores kad bank (isteri punya).

Pendidikan kepada wanita perlu kita berikan. Bukan hanya untuk membela mereka, tetapi untuk mengelakkan KEMUDARATAN berlaku terhadap wanita, mahupun anak-anak. Sekurang-kurangnya apabila wanita celik ilmu dan undang-undang yang berkaitan, maka tidaklah wanita ditindas kerana kedangkalan ilmu kita sendiri. Benarlah ILMU adalah PEMBIMBING, bimbing kita dari kegelapan kepada cahaya. BIMBING kita dari kezaliman kepada keadilan dan kebaikan untuk lelaki dan wanita.

Dari sudut yang berbeza pula, ibu yang celik undang-undang, ibu yang celik hak wanita, ibu yang cerdik akalnya, akan bertindak mendidik anak-anak lelaki mereka dengan didikan yang sebenar. Bukan didikan yang hanya menyebelahkan hak lelaki, tetapi perempuan seolah-olah hanya boneka, hamba abdi yang patuh, tidak boleh berkata apa-apa. InsyaALLAH,  bakal terdidik anak-anak lelaki yang penuh bertanggungjawab, sedar akan amanah pelindung kepada wanita, sedar nafkah adalah tanggungjawab mereka. Insya-Allah.

SUDAH KETINGGALAN ZAMAN kalau kita masih merasa lemah, SUDAH KETINGGALAN ZAMAN kalau kita masih merasa hina, SUDAH KETINGGALAN ZAMAN, kalau kita masih tidak tahu membela hak kita.

Bukan seruan ini mengajak kita mencari kesamarataan hak, bukan mengajak wanita menjadi penentang, anti lelaki dan sebagainya. Melainkan, ajakan ini, hanyalah untuk keluarkan wanita yang TERTEKAN, wanita yang DINAFIKAN HAKNYA, wanita yang TIADA REHAT DALAM HIDUPNYA. Kita serupa, lelaki punya rasa marah, begitu juga wanita, lelaki punya rasa cemburu, begitu juga wanita, lelaki punya rasa penat, begitu juga wanita.

INGATKAH KITA PESAN RASUL MULIA.

‘SEBAIK-BAIK KAMU SEKALIAN ADALAH YANG PALING BAIK DENGAN KELUARGAMU, DAN AKULAH YANG PALING BAIK DENGAN KELUARGAKU’

Klik sini KIRA ZAKAT

One Reply to “SALAHKAH KAMI ? Kami hanya tuntut hak kami.”

Leave a Reply