PERASUAH HIDUP TERUMBANG AMBING

H: Rasuah itu zalim kerana ‘makan’ hak orang lain

SHAH ALAM – Rasuah adalah satu perbuatan melampau dan zalim kerana ia mengambil serta memakan hak orang lain demi memenuhi tuntutan nafsu sendiri.

Pendakwah, Nurul Hidayah Kamarudin berkata, Islam menyifatkan rasuah sebagai suatu perkara yang melampaui urusan agama kerana ia sudah membuatkan individu terlibat memakan harta orang lain secara salah.

Malah, katanya, agama Islam telah menggariskan undang-undang kewangan seperti jual beli, wakaf, derma, pelaburan, sewa beli, pinjaman dan pelbagai lagi demi untuk menghalang seseorang daripada mengambil harta orang lain dengan haram.

“Apabila seseorang itu melakukan rasuah pasti ada gantian atau manfaat yang diperoleh, dan gantian manfaat ini bukanlah hak kepada diri pemberi dan penerima rasuah.

“Dan manfaat ini menyebabkan hilangnya atau kurangnya hak orang lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Nurul Hidayah yang juga Eksekutif Kanan Zakat, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPZ MAIWP), individu yang terlibat dengan aktiviti rasuah hidupnya pasti terumbang ambing.

“Hak orang lain semua hilang dan institusi ekonomi juga tidak akan berkembang dengan maju serta tidak boleh
pergi jauh ini kerana keuntungan hanya berkisar pada pihak yang menawarkan rasuah’

“Keadaan inilah yang akan menyebabkan dirinya, keluarga, masyarakat atau negaranya akan hilang rahmat ALLAH SWT,” katanya.

Nurul Hidayah menyokong usaha Sinar Harian melaksanakan kempen Sinar Rasuah Busters dalam membanteras gejala rasuah di negara ini.

Tambahnya, pemerkasaan dalam pendidikan agama perlu dipergiatkan kerana hanya iman dan ketakwaan mampu menjadi benteng daripada menjadi perasuah.

“Kalau kita takutkan ALLAH SWT, kita tidak akan terjebak dalam aktiviti yang dilaknat ALLAH ini,” kata beliau.

ISTIQAMAH BERIBADAH BUKAN HANYA ‘HAMBA’ RAMADAN

Oleh Suzalina Halid
[email protected]


KUALA LUMPUR: Setiap kali tiba Ramadan, pasti akan berlakunya situasi di mana ramai umat Islam termasuk
selebriti mengambil peluang menutup aurat dan mengkhatam al-Quran.

Namun sayangnya amalan mulia itu hanya dilihat ketika Ramadan dan tidak diteruskan pada bulan
berikutnya.

Pendakwah, Nurul Hidayah Kamarudin, menjelaskan ramai pihak yang salah faham dengan menganggap Ramadan
adalah destinasi umat Islam dalam meningkatkan iman.

Sebaliknya, beliau yang juga Eksekutif Kanan Zakat Pungat Pungutan Zakat (PPZ) berkata, Ramadan adalah medium dan jalan untuk mencapai matlamat serta destinasi menjadi hamba Allah yang taat bagi mendapat keredaanNya.

Beliau berkata, ketika umat Islam mendapat ‘hidayah’ ketika pada bulan Ramadan dengan mentaati perintah
Allah, seharusnya ia terus dibawa bersama di luar Ramadan.

Katanya, ia adalah berdasarkan kalam hikmah yang membawa maksud ‘kami mahukan kita keluar bersama
Ramadan sepanjang tahun, bukan keluar daripada Ramadan (meninggalkan segala ibadat dan ketaatan sebagai
hamba Allah selepas habis Ramadan).

Beliau berkata, tidak dinafikan Ramadan adalah bulan ibadat namun ia tidak bermaksud pada bulan selain itu adalah tempoh masa untuk tidak mentaati perintah Allah.

“Ini kerana tanda seseorang berjaya dalam Ramadan adalah apabila amalan baik yang lakukan boleh dibawa berterusan kepada bulan seterusnya kerana Ramadan menjadi ukuran kejayaan iman kita.

“Kalau kita keluar sekali bersama Ramadan dengan mengekalkan amalan itu, makanya kita berjaya mendapat
tarbiyah Ramadan dan bergraduasi dengan baik.

“Ia seperti kita menjalani latihan ataupun ingin mengambil lesen kereta, kita akan ikut arahan daripada
guru memandu dan pihak berkuasa. Namun selepas mendapat lesen, adakah kita berupaya untuk mengikut
arahan itu lagi?

“Adakah amalan kita hanya dibuat pada Ramadan sedangkan Ramadan bukan matlamat atau destinasi yang mana
ramai salah faham konsep menyebabkan mereka hanya taat pada perintah Allah hanya dalam bulan Ramadan
sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Nurul Hidayah berkata, apabila ada umat Islam yang sudah salah faham dengan konsep
Ramadan sebagai matlamat, ia boleh menjadikan mereka tersalah destinasi dalam menjadi umat Islam yang
baik.

Katanya, bagi mencapai matlamat untuk mendapat reda Allah, selain Ramadan, ada pelbagai medium lain bagi menuju ke arah itu antaranya melalui ujian.

Beliau berkata, jika amalan baik yang sepanjang dilakukan ketika Ramadan hanya terhenti setakat bulan itu, maksudnya mereka Ramadan gagal menjadi medium atau tidak lepas ‘peperiksaan’ Ramadan untuk menjadi umat Islam yang baik.

“Sebagai contoh, jika kita hanya menutup aurat ketika Ramadan sedangkan hukum Allah ini perlu dilakukan selama-lamanya…maksudnya mereka tersalah arah atau silap destinasi.

“Kenapa dalam bulan Ramadan, kita boleh meninggalkan keperluan utama iaitu makan dan minum namun kenapa di luar bulan Ramadan kita tidak boleh meninggalkan benda haram?

“Kalau kita rasa bersalah makan waktu siang pada Ramadan, sepatutnya kita perlu rasa yang sama ketika tidak mematuhi hukum Allah pada 11 bulan lain,” katanya.

Jika mereka menyampaikan hujah bahawa sekurang-kurangnya golongan ini menunjukkan contoh yang baik untuk pengikut atau peminat, Nurul Hidayah berkata, amalan bukanlah untuk ditunjukkan kepada manusia.

Katanya, ia adalah berdasarkan surah Az-Zumar ayat tiga yang bermaksud ‘Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dan segala rupa syirik).

“Ada sejuta alasan untuk kata begitu dan begini namun adakah kita sedang menipu Allah. Hakikatnya amalan kita tak perlu bertujuan untuk menunjukkan kepada orang kerana jika berniat begitu, ia sudah tergelincir daripada matlamat.

“Berdasarkan ayat al-Quran setiap perbuatan dan amal mestilah untuk Allah semata-mata,” katanya.

BUKU EASY TADABBUR

Anda rasa hidup anda kosong?

Susah untuk beramal dengan al-Quran kerana tiada pengetahuan asas Bahasa Arab.

Anda sedang tercari-cari buku yang mudah untuk tadabbur al-Quran?



Ya, kami ada jawapan untuk semua persoalan di atas.

Anda selangkah sahaja lagi untuk memahami al-Quran.

DAPATKAN BUKU EASY TADABBUR


Untuk Merasai Kelazatan Beramal Dengan Al-Quran.


Apa yang bestnya buku easy tadabbur ini?




1. Mudah, ringkas dan padat

2. Cetakan berwarna-warni ( Anda pasti tidak akan bosan ketika menatapnya)

3. Penulis berpengalaman luas dalam lapangan dakwah selama 10 tahun.

4. Saiz buku yang dan ringan ( memudahkan anda untuk membawanya ke mana-mana)

5. Rekaletak dalaman yang menarik dan tersusun. Isi kandungan disusun dengan kaedah nombor dan kotak .

6. Buku disertakan perdaftaran perpustakaan negara dan mempunyai ISBN dan DATA PENGKATALOGAN.




ANDA TAK PERLU BAYAR RM 100

UNTUK MENDAPATKAN BUKU INI PADA HARI INI KERANA KAMI MEMBERI DISKAUN TAK MASUK AKAL.

ANDA HANYA PERLU MEMBAYAR RM 29.90

UNTUK TERUS MEMILIKI BUKU INI.

https://drlconsultation.onpay.my/order/form/easytadabbur

STRATEGI PERANG BADAR UNTUK PERANG MASA KINI

Perang Badar adalah kisah perang yang sarat dengan strategi dan pengajaran yang kita boleh bawa dalam kehidupan kita. Dalam surah al-Anfal ayat 43 hingga 47 menceritakan bagaimana Allah menyiapkan hati dan emosi tentera-tentera Islam yang berjihad di medan Badar dan bagaimana Allah membantu mereka sehingga Islam mencapai kemenangan yang besar.

إِذْ يُرِيكَهُمُ اللّهُ فِي مَنَامِكَ قَلِيلاً وَلَوْ أَرَاكَهُمْ كَثِيراً لَّفَشِلْتُمْ

وَلَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَلَـكِنَّ اللّهَ سَلَّمَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami memperlihatkan mereka kepada kamu (wahai umat Islam) semasa kamu bertemu dengan mereka: sedikit bilangannya pada pandangan mata kamu, dan kamu pula diperlihatkanNya: sedikit bilangannya pada pandangan mata mereka; kerana Allah hendak melakukan sesuatu perkara (kemenangan Islam) yang telah ditetapkan berlakunya. Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.”

Mari kita tengok pada ayat 43, Allah menurunkan wahyu melalui mimpi Rasulullah S.A.W sebelum berlakunya peperangan Badar. Dalam mimpi tersebut baginda diperlihatkan tentera kafir hanya sedikit. Sebaliknya apabila berlaku peperangan yang sebenar,realitinya tidak sama. Kenapa boleh berlaku begitu? Inilah cara Allah mententeramkan hati para sahabat agar emosi mereka kuat menuju ke medan perang kerana peperangan bukan sekadar peperangan fizikal tetapi bermain juga dengan emosi. Jika mereka di perlihatkan sejak awal jumlah tentera kafir yang ramai pasti hati mereka akan gentar.

Jumlah tentera kafir 3 kali ganda daripada jumlah tentera Islam. Tentara Islam hanya 314 atau 315 adapun tentera kafir 1000 orang lengkap dengan tentera berkuda, logik akal pasti akan berkata mustahil Islam akan menang. Para sahabat mula gentar, kerana ada yang berpendapat tidak mungkin kemenangan akan berpihak pada Islam. Namun para sahabat sangat taat kepada Rasulullah S.A.W , mereka yakin setiap apa yang Rasulullah S.A.W lakukan pasti dengan bimbingan wahyu. Dan pasti Allah akan bantu. Inilah keyakinan yang ada dalam diri setiap sahabat. Nilai Tauhid yang tinggi. Nilai ini yang kita harus bawa dalam konteks kehidupan hari ini iaitu keyakinan kepada Allah, kepatuhan dan kesetiaan kepada ketua atau pemerintah.

Ketika peperangan berlaku, Allah menghantar pertolongan kepada tentera-tentera Islam. Allah memperlihat di mata tentera-tentera Islam jumlah tentera-tentera kafir yang sedikit. Allah menghantar para Malalikat untuk membantu tentera-tentera Islam sehingga tentera Islam beroleh kemenangan yang besar.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيراً

لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

3 elemen penting disebutkan dalam surah al-Anfal ayat 45 dan ayat 46 yang harus dilakukan ketika berperang dan berhadapan dengan musuh. Orang beriman diseru agar

1) THABAT

Thabt bererti , kekal pada jalan perjuangan, tabah, tidak mengalah, dan juga tidak berputus asa dengan hakikat perang yang kita hadapi. Musuh adalah makhluk Allah yang sednag diutus oleh ALLAH untuk menguji setakat mana kebergantungan kita kepada Allah. Teruslah berjung, jangan mundur dan jangan mengalah.

2) BANYAK BERZIKIR

Tidak cukup dengan thaba. Umat Islam sewaktu diuji dengan musuh yang tidak kelihatan, mereka perlu banyak ingat ALLAH. Zikir mereka perlu dilakukan dalam apa sahaja keadaan mereka berada, sewaktu duduk, atau berbaring, sewaktu bergerak mahupun diam. Berzikir dengan hati juga lidah dan juga anggota badan. Nusrah Allah akan tiba bila kita tabat dan memperbanyakkan zikir kepada ALLAH.

3)TAAT PERINTAH ALLAH DAN RASUL

Allah memerintahkan orang yang beriman untuk tidak lupa untuk menunaikan taklifan yang Allah perintah. Usah memandang ringan perintah Allah dan Rasul. Tika diuji dengan kehadiran musuh, taatlah pada Allah dan Rasul , usah banyak membantah dan berhujah, kelak kekuatan kita akan hilang. Musuh kita sedang mara, kita pula sedang bertikam lidah.

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَراً وَرِئَاء النَّاسِ

وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.”

Peringatan yang sangat mulia, buat hamba-hamba ALLAH yang sering terlupa seperti kita. Dikala kita melakukan jihad, iaitu suatu ibadah yang tinggi kedudukannya , jangan kita rosakkan ibadah yang mulia dengan 3 racun ini. Apakah racun tersebut ?

  1. Sifat sombong : aku lebih baik daripada orang lain.
  2. Riyak : melakukan sesuatu untuk diperlihatkan kepada orang lain.
  3. Menghalang manusia sampai kepada jalan ALLAH.

*mari tonton video asal tentang strategi perang Badar dan Pelaksanaan masa kini. Segmen HUDA AL-QURAN ini dibawakan khas oleh DRL Consultation.

DESIGN YOUR REAL LIFE

Design your real life‘ adalah moto DRL CONSULTATION. Hari ini saya ingin berkongsi, kenapa saya namakan konsultan saya dengan moto ‘Lakarkan Kehidupan Sebenarmu’.

D – Design

R – Real

L – Life

Itulah Akronim yang terhasil dengan moto konsultan kami.

Banyak yang saya melihat, ramai orang berpusu-pusu dan begitu teratur dalam melakar kehidupan dunia. Ya, ini bukan salah dan berdosa, cuma kita tidak melakar kehidupan akhirat kita sehebat kita melakar kehidupan dunia kita.

Maka, saya terpanggil untuk menyediakan modul secara teratur untuk , membangunkaan kita yang alpa. Agar kita bangun dari lamunan, bangun dari tidur kita yang nyenyak. Mari kita rangka dan rancang, bagaimanakah nanti kehidupan kita di akhirat nanti. Adakah kita sudah menyediakan RUMAH di sana, KENDERAAN kita akan naik di sana, JIRAN kita di sana, TEMAN kita di sana, KATIL DAN TILAM kita di sana. Pernah tak, kita terfikir dan rancang apakah Modal yang kita sedang sediakan untuk dapat first class pada kehidupan kita di akhirat sana.

Lantas, usaha yang perlu kita rancang dan giatkan adalah sekarang. Ya, Design your real life. Lakarkan kehidupan sebenar anda. Kita takut kat dunia kita duduk rumah teres, tapi di akhirat nanti takut-takut kita duduk di bawah kolong. Nauzubillah hi min zalik.

Maka, mari mantapkan ilmu, amalan dan taqwa kita. Itulah modal untuk kita bawa dan bina kehidupan akhirat kita nanti.

Ke arah memantapkan ILMU, AMAL dan TAQWA bukan la mudah. Kita perlu berkorban, korbankan nafsu syahwat, untuk berlazat-lazat dan bersenang lenang di medan dunia ini. Kita perlu berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa. Ilmu agama adalah ilmu yang paling mahal nilainya dalam timbangan dunia dan juga timbangan akhirat. Siapa yang sanggup berkorban dan komited dengan menuntut ilmu agama, Allah tidak kan sia-siakan pengorbanannya itu. Menuntutlah ilmu dengan bersistem, dengaan teratur. Bukan hanya membaca posting dakwah di med sos di manakan seseorang itu menuntut ilmu. Menuntt ilmu memerlukan syarat, syarat menuntut ilmu adalah

  1. Berguru dengan guru yang mursyid
  2. Murid yang benar-benar mahu belajar
  3. Sistem yang teratur
  4. Buku yang muktabar
  5. Masa yang panjang

Mudah-mudahan dengan khidmat yang kami sediakan melalui platform seperti bengkel, penulisan, pengajian online dan offline, seminar dan ceramah akan membantu kita untuk melakar kehidupan akhirat kita.

HUKUM WANITA MUSAFIR BERSEORANGAN

Hukumnya : HARUS

Ulama’ berkata tentang hadis Rasulullah “Jangan seorang wanita Islam yang beriman kepada Allah bermusafir berseorangan iaitu lebih perjalanan daripada penghantaran pos.”

Adakah hadis ini punyai sebab atau ilah sehingga telah tetap pengharaman wanita untuk bermusafir tanpa mahram atau bersendirian. Ataupun hadis ini mutlak tanpa sebab , maka haram secara syariah wanita tu berpindah daripada satu tempat ke tempat lain.

Berbeza pandangan para Ulama’

Pandangan 1 : hadis ini mempunyai sebab dan ilah. Apabila ada sebab maka hadirlah hukumnya. Jika tiada sebab maka tiadalah hukumnya. Sebab dan ilah HARAM wanita bermusafir secara berseorangan adalah kerana tiada keamanan/keselamatan di perjalanan dan sewaktu bermukim.

Syaratnya perjalanan mereka mestilah aman dan selamat seperti tiada risiko perompak jalanan . Mari kita ambil contoh yang berlaku pada zaman dahulu, orang kafir akan menyerang rombongan  di dalam perjalanan, orang kafir ini akan membunuh umat Islam.

Maka dilihat pada waktu ini, sekiranya seorang perempuan bermusafir seorang diri, keadaan adalah aman dan selamat untuk mereka, maka dibenarkan wanita untuk bemusafir sendirian.

Inilah yang diterangkan oleh Nabi, bahawa pengharaman tadi berlaku kerana orang kafir sentiasa menyerang kaum muslimin. Oleh sebab itu, diharamkan wanita keluar bersendirian, akibatnya wanita muslimah akan menjadi tawanan dibawah kuasa orang kafir.

Apabila seorang wanita muslimah bermusafir seorang diri dan tidak ada perlindungan kepadanya, maka Rasulullah mengeluarkan arahan utuk menggerakkan tentera untuk melindungi kehormatan wanita tersebut.

Sesungguhnya masalah ini berkait dengan keamanan kaum muslimin dan keadaan keselamatan negara orang Islam. Oleh kerana itulah, Nabi mengikatkan potongan hadis ini dengan “bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat” . Larangan ini disebutkan untuk menjamin keselamatan wanita daripada menjadi tawanan , penculikan wanita, dan kekerasan ke atas wanita.

Juga begitu sebahagian Para Ulama’ bersandar dengan athar

قَالَ عَدِيٌّ فَرَأَيْتُ الظَّعِينَةَ تَرْتَحِلُ مِنْ الْحِيرَةِ حَتَّى تَطُوفَ بِالْكَعْبَةِ لَا تَخَافُ إِلَّا اللَّهَ

Maksudnya‘Adiyy berkata: ” aku melihat seorang wanita mengendarai kenderaan berjalan dari Al Hirah hingga melakukan tawaf di Ka’bah tanpa takut kecuali kepada Allah S.W.T.

Riwayat al-Bukhari (3595)

Maka, jelas di sini, keamanan yang berlaku di masa kini seperti kemudahan dan fasiliti semasa wanita bertolak ke lapangan terbang, sewaktu naik dan menaiki pesawat kapal terbang dan sewaktu tiba di destinasi. Semua keadaan ini memberi keamanan dan keselamatan kepada wanita tersebut..

Perlu difahami, Islam datang bukan untuk menyekat kebebasan wanita, tetapi Islam ingin membela keselamatan wanita. Usah terlalu cepat ‘berfatwa’ sekiranya tidak memahami situasi dan realiti semasa.

Moga penerangan ini tidak menyebabkan penganut Islam menjadi terlalu rigid dengan syariah atas dasar ketidak fahaman dan tidak merujuk kepada ahlinya iaitu para Ulama’.

NAK FAHAM LEBIH LANJUT LAGI TENTANG PRINSIP ISLAM, jom dapatkan e-book EASY TADABBUR dengan menekan link di bawah.

https://bit.ly/3fKWAfq

BIODATA USTAZAH NURUL HIDAYAH BINTI KAMARUDIN

BIODATA

 

RESUME NURUL HIDAYAH

 

PROFIL DIRI

 

Nama                           : Nurul Hidayah Binti Kamarudin

 

Tarikh lahir                   : 06 Jun 1985

 

Umur                            : 33 Tahun (2018)

 

Bangsa                           : Melayu

 

Warganegara                : Malaysia

 

Alamat                         : Kampung Baru, Kuala Lumpur.

 

Status                           : Berkahwin , mempunyai 2 orang putera.

 

No telefon                    : 018 788 4584

 

TERKINI

Email                            : [email protected]

KERJAYA                    : Eksekutif Kanan Zakat

Unit Dakwah dan Pemasaran Khas

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

RADIO                                    : Slot Hadyu Nabi

Setiap Khamis, 7.30 malam

 Radio Nasional FM

 

: Slot Tarbiyah

September hingga Disember 2018

8.30 pagi

Radio IKIM FM

 

PENCAPAIAN

 

Naib Juara Ustazah Pilihan Musim Pertama , Astro Oasis.

 

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

 

Ijazah                           : Ijazah Sarjana Muda

Syariah Islamiah

Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir

 

STAM/SPM                 : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

 

PUBLISTI MEDIA

 

13 Jun 2018

Bersihkan harta dengan zakat

Assalamulaikum, TV Al-Hijrah

15 Mei 2018

Fidyah Puasa

Assalamualaikum, Tv Al-Hijrah

 

‘Artikel : Mahkota malu yang ditanggalkan’

Berita Harian

 

‘Artikel : Rona Putih’

Berita Harian

Ihya Ramadhan

2 Episod

TV Al-Hijrah

Santapan Minda

12 Episod

Radio KLFM

9 Mac 2018

‘Jodoh atau Pilihan’

Bismillah, Ad-dhuha

Astro Oasis

Talent ‘Rancangan Masam-Manis’

TV 3

Media Prima

 

Panel Jemputan

Tanyalah Ustazah

TV9, Media Prima

Wawancara

‘Selawat adalah hadiah Allah buat kita’

Majalah Anis

Wawancara

‘Program Tv sebagai batu loncatan’

Berita Harian

Kafe Ilmu

Pengaruh Telefon

TV2, RTM

 

AKTIVITI DAKWAH

 

 

Forum Perdana

Ihya Ramadhan

‘Kehendak diri VS Kehendak Tuhan’

Pusat Perubatan Universiti Malaya

 

Tazkirah Ekslusif untuk Muslimah

KPJ Ampang Puteri

Panel Forum,

Seminar Pemantapan Integriti Kecemerlangan Ramadhan 2018M/1439M ,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

25 Mei 2018

Ihya Ramadhan

Bangunan Darul Ehsan

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)

SME BANK MAYBANK DATARAN BANGSAR
BANK ISLAM HQ DEWAN BAHASA & PUSTAKA
BANK RAKYAT SURAU NURUL IMAN
MASJID MUTTAQIN,

WANGSA MELAWATI

SURAU AR-RASYIDIN

PUNCAK SETIAWANGSA

Puspanita Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Grand Islamic Motivational Seminar,

Terengganu dan Johor

Konvensyen Khadijah, anjuran Nisa Malaysia.

 

Wanita lebih dekat dengan MASJID atau PASARAYA ?

 

Baginda shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

 

“Tempat yang paling Allah cintai adalah masjid. Dan tempat yang paling Allah benci adalah pasar” (HR. Muslim)

 

Antara masjid atau pasar, mana yang paling KITA SUKA PERGI ?

 

Antara masjid atau pasar, mana yang LAGI RAMAI ORANG ?

 

Antara masjid atau pasar, yang mana buat kita INGAT KEBAIKAN ?

 

Antara masjid atau pasar, di mana PALING BANYAK AURAT TERDEDAH?

dah bulan ogos ini, jom kira zakat

Ini adakah topik yang kita mahu bincangkan. Dimanakah kedudukan masjid dihati kita, yang mana MASJID adalah tempat yang dicintai ALLAH. Dimana pula kedudukan PASAR dihati kita, yang mana pasar adalah tempat yang paling dibenci oleh Allah.

 

Kita pula sebagai wanita Malaysia, sudah sangat serasi, menjiwai PASAR. Sangat menjengkelkan, apabila kita tidak ingat hadis ini. Tidak cuba mendekatkan diri kita pada tempat yang paling dicintai oleh Allah. Tetapi kita membincangkan hadis sabdaan Rasulullah :“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kamu (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka”. (riwayat Ibnu Khuzaimah). Hadis ini tidak salah.  Tetapi pemahaman kita dan pemakaian hadis ini pada zaman dan tempat kita di bumi Malaysia, hendaklah tidak disalah fahamkan.

 

  1. hadis ini, menunjukkan betapa islam sangat adil kepada wanita, Nabi melarang suami menghalang wanita untuk ke masjid.Ini kerana keadaan bani israil menghalang wanita mereka keluar ke tempat ibadah. Maka inilah keadilan dan wasatiah syariat nabi saw, tidak menghalang wanita untuk beribadah di masjid.
  2. Benar, dirumah itulah lebih selamat bagi wanita. Lebih menjauhkan wanita daripada fitnah. Itu yang di naskan oleh Nabi di dalam beberapa riwayat. Begitu juga Al-Quran menyuruh isteri-isteri Nabi terus kekal berada dirumah -rumah mereka.
  3. Namun, bagi wanita yang yang menjaga diri , ternafi daripada fitnah seperti tabrruj, memakai wangian, menutup aurat dan menjaga maruah tidak salah bagi mereka mendekati masjid.

kehadiran MUSLIMAT ke forum diambang ramadhan di surau JKR

 

Baru-baru ini, saya bertanya kepada Syeikh kami yang mulia Ulama Az-Azhar As-syarif, Syeikh Ahmad Hajain, bagaimana pendapat mereka mengikut rentak tari keadaan wanita di Malaysia. Keadaan wanita di Malaysia tidak sama dengan adat masyarakat arab yang menyekat wanita untuk keluar rumah. Wanita di sini bebas kemana sahaja, ke shopping complex, menonton wayang, berhibur, masuk hutan, panjat gunung. Adalah lebih afdal dan baik untuk wanita Malaysia solat di Masjid berjemaah, mengahdiri masjid Ilmu di masjid, mengimarahkan masjid beriktikaf dan sebagainya.

 

Ini kerana tempat yang paling dibenci ALLAH iaitu Pasar pun tiada halangan untuk kita pergi, maka sepatutnya lebih utama lagi, tiada halangan untuk kita pergi ke Masjid. Biar wanita kita lagi ramai ke masjid , berbanding wanita kita lagi ramai di konsert dan pasaraya.

lokasi : Masjid Shah Alam, jumpa dengan guru KISAS. Ustazah Nuridah kalau tak silap nama Ustazah ni.

Apabila wanita ke masjid, adab-adab dan larangan perlu diperhati dengan teliti. Ini rumah Allah. Bukan rumah kamu. Kamu masuk rumah Allah, tapi tak beradab , seolah kamu tidak menghormati Allah. Yang paling utama, wanita yang berhadas besar, antaranya HAID dan NIFAS tidak boleh memasuki masjid. Maksud masjid adalah ruang solat masjid. Sekiranya ada program atau majlis Ilmu di masjid, memadailah wanita tadi duduk di tepi, anjung atau lebih baik sekiranya masjid mengadakan ruang atau dewan kuliah untuk memudahkan wanita yang hadir meununtu ilmu.

 

Seterusnya, wanita yang hadir ke masjid juga perlu menjaga tatacara, sopan, memahami bahawa, semua perkara yang haram dan tidak beradab perlu dijauhi sewaktu berada di masjid. Membuka aurat, ketawa terbahak-bahak, mengumpat, seronok tak terntu hala adalah perkara yang tidak dibolehkan untuk dilakukan sewaktu berada di masjid.

 

Moga orang yang berada di Masjid yang di doakan malaikat kebaikan , di didoakan keampunan atas dosanya, benar-benar kita dapat ganjarannya. Moga hati kita lebih dekat dengan masjid dan kebaikan selepas kita sama-sama mendekati masjid.

artikel ini akan disumbangkan kepada Berita Harian.

 

mahkota malu yang ditanggalkan

MAHKOTA MALU YANG DITANGGALKAN

 

Apabila Malu Sudah Hilang dalam diri wanita

Saya tidak berhasrat fokus kepada apa yang telah berlaku pada artis lelaki tersebut, namun pada komen perempuan islam yang boleh anda baca dlm imej di bawah.

kalau tak faham, isu tu boleh google dulu ya, saya berhasrat fokus pada akhlak perempuan islam yang tergamak mengeluarkan kata-kata demikian.

_____________________________________________________________________

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang.

Berkata musah islam

 

Tidak perlu kau buang hijab-hijab perempuan islam

Yang kau perlu buang hanyalah MALU perempuan islam

Kerana apabila mereka HILANG MALU, mereka sendiri yang akan membuka hijab mereka,mereka sendiri yang akan membuka aib mereka, mereka sendiri yang akan mempamerkan kebodohan mereka.

 

Seakan , sekarang ini , benar sungguh musah islam sudah MAMPU dan BERJAYA MENGHILANGKAN MALU perempuan islam. Sudah kadang tidak dapat dibendung dan disekat lagi. Daripad dunia nyata hinggalah ke alam maya. MALU MEREKA SUDAH TIADA. Sehingga meminta  ‘gambar kemaluan’ akibat tidak dapat membendung rasa dan nafsu. Tiada lagi , tapisan MALU. Bukankah benar, malu itu sebahagian daripada iman. Hadis Rasullullah diriwayatkan oleh Ahmad bin hambal berbunyi ‘ Malu itu sebahagaian daripada iman, Iman itu tempatnya Syurga, Manakala perkataan kotor itu adalah sebagaian daripada tabiat yang kasar, dan tabiat yang kasar tempatnya dalah neraka’. Nauzubillahi minzalik.

 

Jika Malu sudah tiada, secara langsung alamat ketiadaan iman dalam diri. Ini bukan soal kau jahat, aku baik. Ini soal iman kita. Soal lesen kita nak masuk syurga. Ini soal yang sangat serius.

 

Kitab suci Al-Quran juga memperingatkan pada kita tentang, bagaimana dua nak nabi syuaib yang berjalan secara malu-malu, sewaktu hendak membalas kebaikan Nabi Musa keatas diri mereka. Inilah akhlak wanita Quran. Wanita yang dididik dengan suasana keimanan.

 

Secara Umumnya, ada banyak factor yang menyumbang wanita menjadi hilang mahkota malunya. Antaranya :

 

  1. TIDAK BERKHATAN

 

Di dalam pandangan mazhab syafie, wanita wajib dikhatankan (disunatkan iaitu dipotong sebahagian pada klitoris mereka). Kegagalan ibu bapa moden yang tidak tahu hak-hak anak, menyebabkan mereka terlupa dan tidak perasan yang anak perempuan mereka tidak dikhatan sewaktu kecil. Ini penyebab perempuan-perempuan begini tanpa silu-silu akan mempamerkan nafsu buas mereka. Tujuan dikhitankan perempuan adalah untuk mengawal nafsu mereka.

 

  1. TERLALU BANYAK LIHAT AURAT YANG HARAM

 

Dunia hari ini, lambakan pendedahan aurat. Di media massa, media cetak, dalam filem dan drama. Akan menyebabkan nafsu wanita sudah teransang setiap hari. Ini ini akan terus meng’hamba’kan wanita. Sudah tidak boleh dijinakkan, tetapi menjadai semakin liar dan buas. Lihat sahaja pada perkataan , perbuatan yang dilahirkan oleh wanita penafsu. Kekadang lebih dahsyat dari lelaki penafsu.

 

  1. TIADA ZIKIR , TIADA SOLAT

 

Perempuan islam, bukan diukur dengan fesyen tudung yang dipakainya. Ini kerana maksud HIJAB di dalam Al-Quran ialah, perempuan yang menutup aurat zahirnya daripada pandangan lelaki muslim, dan peremuan yang menutup keburukan batinnya daripada diketahui umum. Jika bertudung kerana fesyen dan ikutan. Tiada ruh dalam bertudung. Tambahan lagi, ruh zikir dan solat tiada dalam jiwa wanita tadi. Maka yang ada hanyalah wanita yang berimej islam tetapi berhati syaitan.

 

Kesimpulannya, marilah kita semua kembali menjaga diri daripada terlibat dalam perkara-perkara yang menghancurkan iman kita. Musuh sentiasa meninjau perbuatan kita. Musah sentiasa merencana agar kita binasa. Bangunlah dari tidurmu yang lena wahai perempuan islam. Masih ada hari esok untuk kita, sekiranya kita kembali padanya hari ini.

 

Ringkasan 25 Nabi yang paling superb yang pernah saya jumpa !

  1. Nabi Adam  :  Manusia pertama diciptakan. Gelarannya ABU BASYAR (bapa manusia).
  2. Nabi Idris : Baginda masih hidup di langit ke-4 atau riwayat lain mengatakan, dilangit ke7 atau di syurga. Dimasukkan ke syurga kerana sudah merasai sakaratul maut dan dihidupkan semula dimasukkan ke syurga dan tidak lagi dikeluarkan daripadanya. Baginda merupakan DATUK kepada AYAH NABI NUH.
  3. Nabi Nuh : diselamatkan Allah daripada banjir besar.
  4. Nabi Hud : diselamatkan Allah dariapda angin yang kencang dan suara angin yang membinasakan kaum A’ad.
  5. Nabi Soleh : diselamatkan daripada teriakan malaikat Jibril yang membinasakan kaun samud.
  6. Nabi Ibrahim : bin tarakh, diselamatkan Allah daripada terbakar dalam api yang sangat panas (api namruz)
  7. Nabi Luth bin haran bin aazar : diuruskan kepada kaum Sadom yang suka hubungan sejenis.
  8. Nabi Ismail bin  Ibrahim : ibunya Saidatina Hajar. Diuji untuk disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim.
  9. Nabi Ishaq bin Ibrahim ibunya Saidatina Sarah.
  10. Nabi Yaaqub bin Ishaq : kehilangan anak kesayangannya Yusuf alaihissalam.
  11. Nabi Yusof bin Yaaqub : diberi wajah yang sangat kacak. Menjaga perbendaharaan Negara.
  12. Nabi Ayyub : diberi ujian dengan sakit kulit sehingga semua orang tidak ingin dekati. Namun diberi nikmat isterinya sangat taat.
  13. Nabi Syuaib : gelarannya PEMIDATO PARA NABI (khotibun anbiya’)
  14.  Nabi Harun bin Imran : diberi nikmat fasih berkata-kata untuk membantu nabi musa dalam berdakwah.
  15. Nabi Musa bin Imran : adik beradik seibu sebapa dengan Nabi Harun. Ibu Nabi musa dan harun bernama Yuhanaz. dibesarkan di istana Firaun dan menentang firaun dengan mukjizat yang ALLAH telah berikan kepada baginda.
  16. Yasa’ bin Aktub ibnu Aajuz. ( biasanya kita sebut nabi ilyasa’ . Yang sebenarnya bukan Ilyasa’ tapi ‘il’ itu adalah alif dan lam awal nama nabi ini.)
  17. Nabi Zulkifli
  18. Nabi Daud
  19. Nabi Sulaiman bin Daud : diberikan kerajaaan yang sangat luas.
  20. Ilias bin Akhi Musa
  21. Yunus Bin Mata :
  22. Nabi Zakaria :
  23. Yahya Bin Zakaria : digelar saiidul syuhadak ( penghulu orang syuhada)
  24. Isa Bin Maryam : diciptakan Allah tanpa bapa.
  25. Nabi Muhammad : Penghulu segala Nabi . Digelar juga habibullah (Kekasih ALLAH)

Semoga sedikit ringkasan 25 Nabi ini dapat ulangkaji kisah-kisah dari Al-Quran. Untuk kisah-kisah nabi yang lebih menarik dan lebih mendalam. Jangan lupa bersama saya untuk mendengar Rancangan #hadyunabi di Radio Nasional FM SETIAP KHAMIS, JAM 7.30 MALAM.

http://www.radiomalaysia.net/nasional-fm.html boleh dengar online di sini

https://www.facebook.com/NASIONALfmRTM/ boleh like FB untuk frekuansi

yang belum BERZAKAT boleh klik http://www.zakat2u.com.my